Wednesday, October 17, 2012

Permudahkan urusan seharian


Kehidupan sebagai seorang pelajar tidak boleh lari dari kesibukan seharian. Tatkala kelas dari pagi sehingga petang ibarat waktu pejabat, ditambah dengan assignment yang berlambak, tidak kurang pula untuk turun ke site berurusan dengan kontraktor atau sebagainya.

Untuk berhadapan dengan situasi sedemikian, semestinya kita mahukan semuanya berjalan dengan lancar, semoga kerja-kerja kita dapat di selesaikan dengan mudah dan cepat. Sedikit masalah untuk berurusan dengan orang atau sukar untuk mendapatkan maklumat boleh menjejaskan perjalanan untuk menyiapkan assignment. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk semua urusan kita berjalan dengan lancar? Cuba amalkan doa di bawah ini, baca setiap kali lepas sembahyang atau ketika berada dalam kesukaran..

    

Boleh juga dibaca ketika membuat ulangkaji pelajaran atau ketika berada dalam kelas. Kadang-kadang berasa sukar untuk memahami sesuatu subjek, bacalah doa ini, moga Allah bagi kemudahan kepada kita untuk memahaminya.

Boleh juga diamalkan setiap kali ingin memulakan perjalanan yang jauh, kita tidak mahu masalah ketika dalam perjalanan, baca doa ini semoga Allah lancarkan perjalanan kita untuk sampai ke destinasi tanpa sebarang masalah.

Senang cerita, baca aje lah doa ini ketika nak buat apa-apa kerja atau ketika berada dalam kesukaran, semoga Allah memudahkan urusan kita dan memudahkan kesukaran yang dihadapi, moga-moga kehidupan kita lebih teratur dan sempurna. 

3 comments: