Saturday, December 10, 2011

Tiga Golongan Awal Yang Dibicarakan



Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam sebuah hadis bagaimana pada Hari Kiamat kelak ada tga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk dibicara di hadapan Allah SWT.

Orang yang pertama dipanggil ialah seorang yang alim, lalu dinyatakan kepadanya : "Apakah yang engkau amalkan di dalam kehidupan di dunia dahulu?" . Lalu dia menjawab : "aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu oleh Mu, wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai."

Padahal dia menyebarkan ilmu dengan tidak ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan : "Kamu belajar ilmu dan sebarkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana Aku".

Lalu ilmunya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.

Sementara orang yang kedua yang dipanggil ialah seorang yang kaya kemudian ia ditanya : "Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?".

Mereka menjawab : "Wahai Tuhanku, aku bekerja bertungkus-lumus, aku diberi rezeki kekayaan oleh-Mu, aku memberi sumbangan derma."

Lalu Allah menempelak : "Engkau bohong! Memang betul engkau memberi sumbangan, tetapi dengan sumbangan itu supaya engkau dikatakan orang bahawa seorang yang pemurah dan bukan kerana Allah SWT. 

Lalu amalan mereka ditolak. Mereka diseret ke dalam api neraka.

Manakala golongan yang ketiga dipanggil ialah orang yang berjihad. Mereka ditanya oleh Allah : "Apakah yang dia laukan di dunia dahulu.?"

Dia menjawab : "Wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu".

Lalu Allah berfirman : "Betul engkau berjihad, tapi bukan kerana Aku. Engkau berjihad supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani".

Lalu amalannya ditolak oleh Allahdan dia diseret masuk ke dala api neraka.

Allah SWT mendedahkan di dalam al-Quran suatu golongan yang mendirikan masjid dan memakmurkan Masjidil Haram di zaman RasulullahSAW pada masa yang sama menentang Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah maksudnya :
"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."
(surah At-Taubah : 19 )



Begitulah pentingnya ikhlas kepada Allah. Oleh kerana kita adalah hamba Allah SWT, maka segala nikmat yang dikurniakan kepada kita sama ada akal, fikiran, iman, kesihatan tubuh badan termasuk harta benda adalah pemberian daripada Allah SWT.

Maka tanggungjawab beribadah dan segala amal kebajikan yang dilakukan hendaklah dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah Taala. Allah tidak meminta apa-apa upah daripada kita.

Malah Allah menjanjikan untuk memberi pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang mengerjakan amal yang soleh. Lihat betapa orang yang ikhlas diterima oleh Allah SWT.

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW memberitahu tentang seorang yang bersedekah dengan hati yang ikhlas, tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang wanita pelacur dan penzina.

Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada pelacur. Lalu orang itu berkata : 'wahai Tuhanku, bagi-Mu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pelacur."

Pada malam esoknya dia berkata : "malam ini aku akan memberi sedekah." Tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya. Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya yang memang ada harta. Lalu dia berkata : "wahai Tuhan, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang yang kaya."

Pada malam esoknya dia berkata : "malam ini aku akan bersedkah lagi." Tiba-tiba dia memberi kepada sedekah kepada seorang pencuri. Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang pencuri. Lalu dia berkata : "Wahai Tuhan, BagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pencuri."

Lalu Allah mengutuskan utusan memberitahu kepadanya bahawa Allah Ta'ala telah menerima sedekahnya kerana Allah. Mudah-mudahan si pelacur akan bertaubat, si kaya akan insaf dan menjadi seorang yang pemurah, manakala pencuri akan meninggalkan perbuatan mencuri itu. 

Begitulah berkatnya amalan ikhlas kepada Allah. Bukan sahaja berkat, malah diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah Subha Nahu WaTa'ala.

Firman Allah yang bermaksud :
"maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam surat amalannya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam surat amalannya)."
(surah Al-Zalzalah : 7-8)


Wednesday, December 7, 2011

Bonda Permata Hatiku


Bersinar sebutir permata,
Di bawah terik mentari,
Menyilau, memancarkan cahaya,
Rindunya aku...pada bonda tercinta

Bonda,
Senyum tawa mu pengubat duka,
Memecah kebeningan gundah gulana,
Memancarkan sinar harapan yang samar,
Membidk kerinduan dalam diri insani

Tatkala dingin pagi,
menusuk, mencengkam urat daging,
Belaian bonda menghangatkan diri,
Bonda...ku rindu...teramat rindu
Cerita dulu membidik rindu,
Pada naluri manusia bergelar anak,
Yang mencintaimu hingga ke akhir hayat

Bondaku..
Dalam rahim mu aku terbentuk,
membesar sarat dengan kepayahan,
Rela katih kau menongkat,
Bertiangkan ketabahan,
Lahirnya aku,
Sebagai zuriat lelaki,
Yang menangis kerana erti duniawi,
Derita seorang bonda,
Hilang dek tangisan syahdu,
zuriat yang baru melihat dunia

Teima kasih bonda,
Pengorbananmu amat bermakna,
melontarkan aku dalam dunia kebahagiaan,
Ku belajar erti kehidupan,
mengenal makna kepayahan,
syurga itu di bawah telapak kaki mu

Kini..
Baru ku sedar,
Tingginya martabat mu wahai bonda,
Moga kau bahagia di dunia dan di akhirat sana...

TERIMA KASIH BONDA!!


Sajak ini telah ditulis dan dihadiahkan oleh seorang gadis semasa kami sama-sama mengikuti program Jati Diri Nasional masa zaman persekolahan dulu. Sajak ini juga telah dideklamasikan dalam satu persembahan khas dalam program tersebut.