Thursday, November 24, 2011

Dunia Ibarat Dewan Peperiksaan



Adakah anda sedar bahawa dunia ini ibarat satu peperiksaan bagi umat manusia, seperti peperiksaan di Universiti dan sebagainya, setiap manusia pastinya akan mengharapkan keputusan yang baik untuk diri mereka, malah di akhirat nanti, keputusan yang baik adalah bergantung kepada tunduk dan patuhnya seseorang itu kepada Allah s.w.t..

Subjek Peperiksaan Dari Allah s.w.t:
1) Subjek 1 - Suruhan Allah ( solat, puasa, zakat dan sebagainya )
2) Subjek 2 - Larangan Allah ( maksiat, judi, arak dan sebagainya )
3) Subjek 3 - Cobaan Allah ( kesusahan atau kesenangan hidup )

  • Masa ujian adalah sepanjang hayat seseorang itu.
  • Manusia yang tunduk dan patuh akan terus berusaha melakukan amalan, seolah-olah tidak berhenti tangan menulis jawapan di dalam dewan peperiksaan.
  • Manusia yang tidak tunduk dan patuh sentiasa akan lalai dengan keseronokan dunia, seolah-olah sedang tidur di dalam dewan peperiksaan, tidak menjawab satu soalan pun.
  • Manusia yang lambat mendapat hidayah, seolah-olah sedang termenung di dalam dewan sehingga saat-saat akhir baru mula menjawab soalan peperiksaan.

Setiap insan mahukan kejayaan di dalam peperiksaan mereka di atas dunia ini samada di sekolah, universiti dan sebagainya, untuk mendapatkan segulung diploma dan ijazah. Tetapi, tidakkah mereka mahukan kejayaan dalam peperiksaan dari Allah swt ini, untuk mendapatkan syurga firdausi dan kebahagiaan di akhirat nanti? anda yang menentukan..


                 " It's better late than never, but it's better never be late for Allah s.w.t "

No comments:

Post a Comment