Saturday, December 10, 2011

Tiga Golongan Awal Yang Dibicarakan



Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam sebuah hadis bagaimana pada Hari Kiamat kelak ada tga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk dibicara di hadapan Allah SWT.

Orang yang pertama dipanggil ialah seorang yang alim, lalu dinyatakan kepadanya : "Apakah yang engkau amalkan di dalam kehidupan di dunia dahulu?" . Lalu dia menjawab : "aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu oleh Mu, wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai."

Padahal dia menyebarkan ilmu dengan tidak ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan : "Kamu belajar ilmu dan sebarkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana Aku".

Lalu ilmunya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.

Sementara orang yang kedua yang dipanggil ialah seorang yang kaya kemudian ia ditanya : "Apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?".

Mereka menjawab : "Wahai Tuhanku, aku bekerja bertungkus-lumus, aku diberi rezeki kekayaan oleh-Mu, aku memberi sumbangan derma."

Lalu Allah menempelak : "Engkau bohong! Memang betul engkau memberi sumbangan, tetapi dengan sumbangan itu supaya engkau dikatakan orang bahawa seorang yang pemurah dan bukan kerana Allah SWT. 

Lalu amalan mereka ditolak. Mereka diseret ke dalam api neraka.

Manakala golongan yang ketiga dipanggil ialah orang yang berjihad. Mereka ditanya oleh Allah : "Apakah yang dia laukan di dunia dahulu.?"

Dia menjawab : "Wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu".

Lalu Allah berfirman : "Betul engkau berjihad, tapi bukan kerana Aku. Engkau berjihad supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani".

Lalu amalannya ditolak oleh Allahdan dia diseret masuk ke dala api neraka.

Allah SWT mendedahkan di dalam al-Quran suatu golongan yang mendirikan masjid dan memakmurkan Masjidil Haram di zaman RasulullahSAW pada masa yang sama menentang Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah maksudnya :
"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."
(surah At-Taubah : 19 )



Begitulah pentingnya ikhlas kepada Allah. Oleh kerana kita adalah hamba Allah SWT, maka segala nikmat yang dikurniakan kepada kita sama ada akal, fikiran, iman, kesihatan tubuh badan termasuk harta benda adalah pemberian daripada Allah SWT.

Maka tanggungjawab beribadah dan segala amal kebajikan yang dilakukan hendaklah dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah Taala. Allah tidak meminta apa-apa upah daripada kita.

Malah Allah menjanjikan untuk memberi pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang mengerjakan amal yang soleh. Lihat betapa orang yang ikhlas diterima oleh Allah SWT.

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW memberitahu tentang seorang yang bersedekah dengan hati yang ikhlas, tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang wanita pelacur dan penzina.

Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada pelacur. Lalu orang itu berkata : 'wahai Tuhanku, bagi-Mu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pelacur."

Pada malam esoknya dia berkata : "malam ini aku akan memberi sedekah." Tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya. Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya yang memang ada harta. Lalu dia berkata : "wahai Tuhan, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang yang kaya."

Pada malam esoknya dia berkata : "malam ini aku akan bersedkah lagi." Tiba-tiba dia memberi kepada sedekah kepada seorang pencuri. Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang pencuri. Lalu dia berkata : "Wahai Tuhan, BagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pencuri."

Lalu Allah mengutuskan utusan memberitahu kepadanya bahawa Allah Ta'ala telah menerima sedekahnya kerana Allah. Mudah-mudahan si pelacur akan bertaubat, si kaya akan insaf dan menjadi seorang yang pemurah, manakala pencuri akan meninggalkan perbuatan mencuri itu. 

Begitulah berkatnya amalan ikhlas kepada Allah. Bukan sahaja berkat, malah diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah Subha Nahu WaTa'ala.

Firman Allah yang bermaksud :
"maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam surat amalannya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam surat amalannya)."
(surah Al-Zalzalah : 7-8)


Wednesday, December 7, 2011

Bonda Permata Hatiku


Bersinar sebutir permata,
Di bawah terik mentari,
Menyilau, memancarkan cahaya,
Rindunya aku...pada bonda tercinta

Bonda,
Senyum tawa mu pengubat duka,
Memecah kebeningan gundah gulana,
Memancarkan sinar harapan yang samar,
Membidk kerinduan dalam diri insani

Tatkala dingin pagi,
menusuk, mencengkam urat daging,
Belaian bonda menghangatkan diri,
Bonda...ku rindu...teramat rindu
Cerita dulu membidik rindu,
Pada naluri manusia bergelar anak,
Yang mencintaimu hingga ke akhir hayat

Bondaku..
Dalam rahim mu aku terbentuk,
membesar sarat dengan kepayahan,
Rela katih kau menongkat,
Bertiangkan ketabahan,
Lahirnya aku,
Sebagai zuriat lelaki,
Yang menangis kerana erti duniawi,
Derita seorang bonda,
Hilang dek tangisan syahdu,
zuriat yang baru melihat dunia

Teima kasih bonda,
Pengorbananmu amat bermakna,
melontarkan aku dalam dunia kebahagiaan,
Ku belajar erti kehidupan,
mengenal makna kepayahan,
syurga itu di bawah telapak kaki mu

Kini..
Baru ku sedar,
Tingginya martabat mu wahai bonda,
Moga kau bahagia di dunia dan di akhirat sana...

TERIMA KASIH BONDA!!


Sajak ini telah ditulis dan dihadiahkan oleh seorang gadis semasa kami sama-sama mengikuti program Jati Diri Nasional masa zaman persekolahan dulu. Sajak ini juga telah dideklamasikan dalam satu persembahan khas dalam program tersebut.




Thursday, November 24, 2011

Dunia Ibarat Dewan Peperiksaan



Adakah anda sedar bahawa dunia ini ibarat satu peperiksaan bagi umat manusia, seperti peperiksaan di Universiti dan sebagainya, setiap manusia pastinya akan mengharapkan keputusan yang baik untuk diri mereka, malah di akhirat nanti, keputusan yang baik adalah bergantung kepada tunduk dan patuhnya seseorang itu kepada Allah s.w.t..

Subjek Peperiksaan Dari Allah s.w.t:
1) Subjek 1 - Suruhan Allah ( solat, puasa, zakat dan sebagainya )
2) Subjek 2 - Larangan Allah ( maksiat, judi, arak dan sebagainya )
3) Subjek 3 - Cobaan Allah ( kesusahan atau kesenangan hidup )

  • Masa ujian adalah sepanjang hayat seseorang itu.
  • Manusia yang tunduk dan patuh akan terus berusaha melakukan amalan, seolah-olah tidak berhenti tangan menulis jawapan di dalam dewan peperiksaan.
  • Manusia yang tidak tunduk dan patuh sentiasa akan lalai dengan keseronokan dunia, seolah-olah sedang tidur di dalam dewan peperiksaan, tidak menjawab satu soalan pun.
  • Manusia yang lambat mendapat hidayah, seolah-olah sedang termenung di dalam dewan sehingga saat-saat akhir baru mula menjawab soalan peperiksaan.

Setiap insan mahukan kejayaan di dalam peperiksaan mereka di atas dunia ini samada di sekolah, universiti dan sebagainya, untuk mendapatkan segulung diploma dan ijazah. Tetapi, tidakkah mereka mahukan kejayaan dalam peperiksaan dari Allah swt ini, untuk mendapatkan syurga firdausi dan kebahagiaan di akhirat nanti? anda yang menentukan..


                 " It's better late than never, but it's better never be late for Allah s.w.t "

Tuesday, November 15, 2011

Bagaimana Beramal Dengan Ayat Al-Quran



Beramal lah dengan ayat2 al-Quran, sesungguhnya al-Quran itu adalah mukjizat. Orang yang selalu berpegang dengan al-Quran akan sentiasa dikasihi oleh Allah s.w.t. al-Quran adalah penyembuh, pelindung dan senjata yang paling hebat bagi umat Islam. Memohonlah kepada Allah s.w.t dan janganlah selalu meminta daripada hambaNya, semoga mendapat redha, berkah, rahmat, rezeki, ketetapan iman dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

1. BISMILLAH (Dengan Nama Allah)

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

2. SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


3. AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain :
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

4. SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


5.  SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.


6.  SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


7.  SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.


8. SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


9. SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


10. SURAH AL- ANFAL (Rampasan)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


11. SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.


12. SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


13. SURAH AL-HUD (Hud)

Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.


14. SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.


15.  SURAH AR-RA'D (Petir)

Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.


16.  SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.


17. SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)

Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


18.  SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.


19. SURAH AL-KAHF (Gua)

Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.


20. SURAH MARYAM (Maryam)

Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

21. SURAH THAAHAA (Hai Manusia)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan
akalnya akan sempurna.

22.  SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)

Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .


23. SURAH AL-HAJ (Haji)

Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


24.  SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)

Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.


25. SURAH AN-NUUR (Cahaya)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.


26. SURAH AL-FURQAN (Pembaca)    
  
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


27. SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)

Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


28.  SURAH AN-NAML (Semut)

Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.


29.  SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)

Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.


30. SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)

Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


31.  SURAH AR-RUM (Rum)

Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


32.  SURAH LUQMAN (Luqman)

Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


33. SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)

Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.


34. SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


35. SURAH SABA' (Saba')

Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


36.  SURAH FAATHIR (Pencipta)

Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.


37.  SURAH YAASIIN (Hai Manusia)

Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.


38. SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)

Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.


39.  SURAH SHAAD (Shaad)

Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat


**Tolong betulkan jika ada kesalahan.. **



"Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita"



Wednesday, November 9, 2011

Istilah Cinta Yang Tak Sepatutnya



Cinta pandang pertama

kalau nak diikutkan, istilah cinta pandang pertama tidak boleh dipakai, sebab cinta yang datang itu bukanlah cinta dari hati, tapi nafsu yang membuak-buak. ok apa yang membuatkan anda jatuh cinta pandang pertama? of course apabila terserempak dengan cewek/cowok yang hensem/comel kan? then terus jatuh cinta..so wat..apa yang korang cintakan tu adalah fizikal nya, tetapi bukan sifat atau perangai atau cara dia atau agama dia atau..dot..dot..iaitu isi tersirat daripada individu tersebut. Jika jatuh cinta pada wajah sahaja, itu adalah nafsu anda, sesuatu bermain di fikiran anda yang lebih kepada sex dan keseronokan semata-mata. renungkan..

Cinta monyet

apa yang korang faham tenteng cinta monyet? ok kalau dah dasar perkataan dari MONYET. mesti ada kaitan dengan monyet atau perangai dia. Kalau korang pernah tengok monyet, mungkin korang tau bagaimana sikap nya, melompat sana sini, panjat sana sini, senang citer hyper active la. Oleh kerana hyper active, monyet suka usik-usik benda yang berada di sekitar mereka. Tapi mereka suka sentuh sikit-sikit pastu biar, then sentuh yang lain pulak. Kalau makan pun sikit-sikit je, pastu buang then amik yang lain pulak. Kesimpulan nya sikap monyet tu suka main-main. Kita bukan citer pasal monyet, tapi pasal cinta monyet, so berdasarkan hipotesis tadi, korang bandingkan lah dengan istilah cinta monyet tu, cinta kejap pastu putus, then bercinta dengan yang lain pula. Istilah ni sesuai untuk budak sekolah yang baru nak mengenal erti cinta, mereka tidak tahu erti cinta sebenar, yang mereka tahu hanyalah keseronokan..

Cinta Sejati / Cinta Buta

Konon nya pasangan couple of the year, pergi mana-mana mesti berdua, study sama-sama, makan sama-sama, sana sini semuanya sama-sama...toilet? ok situasi ini selalunya berlaku kepada student ipt la, up sikit dari cinta monyet. Bila dah sampai tahap macam tu, mereka dah tak hirau dah alam sekeliling, mereka hanya tahu alam cinta mereka sahaja. Mata mereka telah dibutakan oleh perasaan cinta mereka, sebab tu la orang panggil cinta buta. Orang buta dalam dunia mereka hanyalah gelap sahaja, walaupun mereka boleh mendengar bunyi di sekeliling mereka. Begitulah orang bercinta, dunia mereka hanyalah si dia sahaja, walaupun berada dengan kawan-kawan mereka. Bila dah jadi buta, mula lah berjanji sehidup semati, bersama hingga akhir hayat. Tapi adakah mereka boleh mengubah takdir dari Allah? jodoh di tangan Tuhan, jangan terlalu taksub dengan cinta yang dibina, kelak boleh memakan diri, sampai ada yang bunuh diri..renungkan



Istilah cinta di atas tidak sepatutnya ada pada setiap individu kerana ia boleh membawa kemudaratan. Kalau diikutkan, kisah cinta menurut islam hanyalah berlaku selepas kahwin, kerana cinta yang terjalin tidak membataskan halal haram setelah bergelar suami isteri. Sesungguhnya cinta selepas kahwin adalah lebih manis bak semanis kurma di tv9. Tetapi cinta yang terjalin tidak akan menjamin kebahagiaan jika tidak mencintai yang Satu, iaitu Allah SWT. Jika kita sentiasa mencintai Allah, sesungguhnya Allah akan mencintai kita, dan akan mengurniakan kebahagiaan kepada kita di dunia dan akhirat.

Friday, October 28, 2011

Kisah : Mak cik yang obses bola

Assalamualaikum


Bola sepak merupakan permainan yang paling famous di dunia. Boleh dikatakan bola sepak berupaya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa dan raga makhluk di muka bumi. Macam minggu lepas, Man United kena belasah dengan Man City, dalam FB tu haru biru jadinya. Kadang-kadang kalau tak kena mood boleh bawak bergaduh walaupun dengan member. Nak nak lagi kalau game bola diantara negeri masing-masing, mau putus kawan rasanya. Tu tak masuk yang ada kat stadium lagi, siap baling mercun, botol air, burger separuh makan, choki2 dan sebagainya.  

Begitulah hebatnya permainan bola sepak ni. Tapi penah tak korang lepak-lepak dengan mak korang ke, kawan mak korang ke, then cite pasal bola? mungkin ada la diorang tau sikit-sikit, nak nak kalau lepas perlawanan final, mana tak nya dah sana sini orang cite pasal bola, diorang pun ambik port la sikit kan.
Tapi kalau hari-hari biasa macam ni tiba-tiba korang nak bukak story pasal bola, tak maunya di layan.

Tapi aku nak cite ni pasal sorang mak cik ni, Mak Cik J ( bukan nama sebenar ) dia ni merangkap kawan kepada mak aku a.k.a jiran sebelah rumah aku. Kadang-kadang kalau mak aku ada tempahan nasi ke, mak aku akan mintak tolong mak cik J ni datang tolong. Tiap-tiap kali bila dia datang, nampak je muka aku..

" ape cite bola ari tu kalah? ape lah silap strategy"
" dengar kata pemain Kelantan nak beli player Selangor, alah yang main sayap kiri tu"
" dah jadi ke diorang nk amik pemain import tu, yang asal Nigeria tu? ke tak select lagi"
" bla..bla..bla..itu..ini.."

Aku nak kata minat bola tu memang la minat, tapi tak ada la nak amik tahu semua, nak tak nak aku layan lah, aku bukan nya tahu sangat pun, jaga hati je la.

" Oh..a ah, silap strategy tu, ape la Khairul Fahmi main striker"
"yang main sebelah kiri tu ke? tak bagus dia tu main, lari laju sangat"
" yang import tu rasa dah konpem dah, tendang bola laju tu.."
" bla..bla..ini..itu..."    -_-"

Tapi ok lah kan, daripada Mak Cik J tu nak ajak gosip pasal Scha Al-Yahya ke, mengumpat tambah dosa sebakul dua ke, baik dia cite pasal bola, boleh la hilang bosan masa tengah merewang tu. Sebenarnya, anak mak cik tu yang minat bola, tiap kali balik rumah mesti dia cite pasal bola kat Mak Cik J, tapi pasal bola negeri je la, tak de la sampai eropah sume, itu la pasal boleh tahu itu ini. Aku tak tahu lah kalau kat tempat korang pun ada mak cik macam ni.

Apa2 pun, Mak Cik J memang bes, aku tak payah dah baca paper ke, search tenet ke nak tahu pasal bola..hehe ( gelak jahat )